Friendship

Friendship

Kenapa Zinnia?

Kami memilih bunga Zinnia kerana bunga ini membawa erti persahabatan...Blog ini kami wujudkan untuk menceritakan tentang pengalaman kami sepanjang persahabatan kami...Blog ini diasaskan oleh tujuh orang gadis yang berasal dari kawasan pedalaman sekitar Batu Pahat, Johor...Blog ini telah diwujudkan pada Selasa 5 November 2013..Kami berharap agar semua pembaca blog ini akan terhibur dan dapat mengetahui akan pahit manis sepanjang persahabatan kami...

Sekian, terima kasih....

Jumaat, 15 November 2013

Ciri-ciri Sahabat Sejati

  1. Sahabat yang baik ialah seseorang yang sanggup menghadapi susah, senang, pahit, manis, suka dan duka bersama-sama.
  2. Sahabat yang sejati ialah seseorang yang dapat membimbing kita ke jalan yang benar.
  3. Sahabat yang baik akan sentiasa berada di sisi ketika rakannya bersedih.
  4. Sahabat yang baik akan berkongsi masalah dan saling membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.
  5. Sahabat sejati tidak akan pernah meninggalkan rakannya walaupun rakannya dalam kesusahan.
  6. Sahabat sejati juga ialah seseorang yang mendekati kita sewaktu seluruh dunia menjauhi kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan