Friendship

Friendship

Kenapa Zinnia?

Kami memilih bunga Zinnia kerana bunga ini membawa erti persahabatan...Blog ini kami wujudkan untuk menceritakan tentang pengalaman kami sepanjang persahabatan kami...Blog ini diasaskan oleh tujuh orang gadis yang berasal dari kawasan pedalaman sekitar Batu Pahat, Johor...Blog ini telah diwujudkan pada Selasa 5 November 2013..Kami berharap agar semua pembaca blog ini akan terhibur dan dapat mengetahui akan pahit manis sepanjang persahabatan kami...

Sekian, terima kasih....

Isnin, 25 November 2013

Seorang sahabat tidak seharusnya cemburu


Orang-orang yang beriman tidak akan rasa cemburu apabila sahabat menjalin ukhwah dengan sahabat lain. Isilah hati dan nurani dengan jalan Allah kerana ukhwah ini terjadi atas kehendak Allah. Jika ada timbul rasa cemburu, muhasabah kembali kerana sungguh itu adalah bisikan syaitan yang cuba menghasut dan menggugat ukhwah yang dibina.
Siapa kita untuk memiliki? Tiada apa-apa di dunia ini adalah milik kita. Sahabat? Bukan milik kita. Justeru kenapa mahu cemburu apabila orang lain mendampingi?
Firman Allah s.w.t : “Sesungguhnya mukmin itu bersaudara.” (al-Hujuraat: 10)
Dari firman ini telah jelas bahawa semua muslim itu adalah bersaudara. Tiada yang tertinggal. Kita memerlukan antara satu sama lain. Seharusnya kita perlu belajar menyayangi setiap sahabat yang berada di sekeliling kita.
Dalam Islam sudah diajar tentang ithar (melebihkan orang lain) yakni tahap ukhwah yang paling tinggi manakala berlapang dada adalah tahap ukhwah yang paling rendah.
Tapi dalam apa jua keadaan, kita harus sedar tentang makna basitah (kesederhanaan). Bila sudah sayang terlebih, segala benda jadi lain. Justeru itulah kita perlu bersederhana. Kalau mahu sayangi semua, bukan memilih-milih pula.
Nasihat ini jelas untuk saya dan semua yang mempunyai sahabat. Mungkin ini sudah terjadi atau bakal terjadi. Makanya saya mahu mengingatkan dahulu sebelum terkena pada diri sendiri atau yang lain juga.
Uhibbuki fillah, best friend, teman sejati atau apa-apa sahaja akan menjadi retorik semata-mata jika setiap perhubungan itu tidak di dasari dengan iman dan takwa. Usah tertipu dengan mainan perasaan sendiri. Perbetulkan niat kembali jika masih ada cemburu di hati.

Sumber: www.iluvislam.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan